SYDNEY - Saintis Australia berjaya mengenal pasti spesies baharu amfibia yang pernah hidup di Australia kira-kira 247 juta tahun yang lalu.
Penemuan itu sekali gus menamatkan misteri yang menarik perhatian penyelidik sejak tahun 1990-an, apabila fosil cicak itu ditemui oleh seorang pesara penternak ayam di New South Wales sejak tiga dekad lalu
Pakar berkata, penemuan itu mungkin 'melengkapkan semula revolusi amfibia di Australia'.
Difahamkan fosil cicak tersebut ditemui selepas Mihail Mihailidis yang membeli seketul batu untuk menahan dinding hakisan di Pantai Umina di Central Coast, selatan Gosford pada 30 tahun lalu.
Penemuan itu telah menarik perhatian orang ramai apabila kisahnya disiarkan dalam Time Magazine.
Kemudian, fosil itu dipamerkan di Sydney sehingga menarik pengunjung dalam dan luar negara datang menyaksikan fosil berusia ratusan juta tahun itu.
Selama lebih 25 tahun, fosil itu yang diletakkan di Muzium Australia telah menimbulkan persoalan tentang spesies asalnya.
Misteri itu akhirnya didedahkan seorang pakar paleontologi, Lachlan Hart yang menggambarkan spesies purba itu dalam Journal of Vertebrate Paleontology.
Ia dikenali sebagai Arenaepeton supinatus yang bermaksud haiwan merayap atas pasir.
Hart dan pasukannya yang mengkaji fosil itu mendedahkan ia mempunyai gading di kepala dan bergigi tajam serta mirip seperti salamander dan katak, selain mempunyai habitat seperti buaya yang memburu mangsa akuatik dalam air.
Cicak itu dipercayai mengalami kepupusan selepas bencana letusan gunung berapi dan lain-lain. - Agensi