PELAKON dan model, Ikmal Amry, tampil memberitahu gambar terbaharu yang dikongsi menunjukkan sedang makan itu diambil sebelum bulan Ramadan.
Mohd Zulikmal Amry Ghazali atau lebih dikenali sebagai Ikmal Amry, 24, memberikan pencerahan tersebut menerusi Instastory miliknya.
"Gambar terbaharu yang Am post tu, Am ambil sebelum bulan puasa, bukan masa puasa.
"Jadi rilekslah," katanya.
Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata memberikan komen pelakon Mencintaimu Mr. Photographer dan Gantung The Series itu seakan-akan tidak menghormati bulan mulia ini.
"Kenapalah time bulan puasa ini dia post, post lah malam nanti," komen salah seorang pengguna IG.
Begitupun, tidak kurang juga ada peminat yang mengajak pelakon itu untuk berbuka puasa bersama.