Ronaldo bantu Al-Nassr jejak final Piala Arab

Iklan
Ronaldo ledak penalti untuk membantu Al-Nassr mara ke final Piala Arab FOTO: AFP

CRISTIANO Ronaldo meledak gol tunggal perlawanan menerusi penalti untuk membawa Al-Nassr ke final Piala Juara Kelab Arab dengan kemenangan 1-0 ke atas pasukan Iraq, Al-Shorta.

Bintang Portugal itu menjaringkan penalti pada minit ke-75 untuk menghantar pasukannya ke perlawanan akhir kejohanan itu buat kali pertama dan dia kini mempunyai peluang untuk merangkul trofi sulung bersama kelab Arab Saudi itu.

Iklan
Iklan

Penalti tersebut diberikan kepada Al-Nassr selepas Sadio Mane dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain Al-Shorta dan Ronaldo tenang menyudahkan tendangan tersebut.

Dia telah menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan dan berada pada prestasi terbaik sebelum musim Liga Pro Saudi bermula hujung minggu ini.

Iklan

Al-Nassr akan menentang pasukan Arab Saudi, Al-Hilal selepas mereka menewaskan Al-Shabab 3-1 dalam satu lagi separuh akhir.

Al-Hilal tampil cemerlang dalam perlawanan tersebut apabila Mohamed Kanno meletakkan juara dua kali itu di depan seawal minit kesembilan sebelum import baharu dari Brazil, Malcom menggandakan kelebihan pada masa kecederaan babak pertama.

Iklan

Al-Shabab, yang juga juara dua kali pada tahun 1992 dan 1999, membalas satu gol menerusi Gustavo Cuellar pada minit ke-56 sebelum Abdullah Al-Hamdan memastikan kemenangan mutlak buat Al-Hilal dengan gol ketiga pada minit kelima masa kecederaan.

Bekas bintang Liga Perdana, Ruben Neves dan Kalidou Koulibaly kedua-duanya bermula untuk Al-Hilal dan kini akan cuba menghalang Ronaldo dan Al-Nasssr di perlawanan akhir pada Sabtu.