Polis KL hantar 687 anggota bantu kelancaran PRN di Terengganu

Iklan
Azry Akmar (lapan kanan) bersama pegawai bergambar bersama petugas Polis Kuala Lumpur yang ditugaskan di PRN Terengganu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis Kuala Lumpur menghantar seramai 687 termasuk tiga pegawai untuk membantu kelancaran proses pilihan raya negeri (PRN) di Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kesemua anggota dan pegawai yang terlibat akan ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Iklan
Iklan

"Mereka perlu mengingati amanat Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain iaitu laksanakan amanah ini dengan penuh dedikasi dan berhemah. Kekalkan tahap profesionalisme yang tinggi.

"Kawal emosi ketika berhadapan dengan sebarang bentuk provokasi, tanamkan lah niat serta tekad yang tinggi untuk melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti, ikhlas dan sabar," katanya dalam ucapan sempena Flag Off Bantuan Sumber Manusia Kontinjen Kuala Lumpur ke Terengganu, di sini, pada Khamis.

Iklan

Azry Akmar berkata, beliau berharap semua petugas mengekalkan imej dan nama baik Polis Diraja Malaysia, selain menitikberatkan ketrampilan diri, kekemasan pakaian pada setiap masa kerana masyarakat akan sentiasa menilai kita.

Beliau berkata, semua petugas perlu memahami tentang tugas dan tanggungjawab masing-masing serta memainkan peranan sejak mula pusat pembuangan undi dibuka hinggalah ditutup.

Iklan

"Bagi penugasan hari mengundi pada Sabtu ini, pecahan penugasan telah disusun bermula dari tugas mengiring peti undi ke pusat mengundi, membuat kawalan keselamatan di pintu masuk setiap pusat mengundi.

"Mengawal saluran, menguatkuasakan sepenuhnya Seksyen 3 dan Seksyen 26 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mengawal lalu lintas dan mendirikan sekatan jalan raya," katanya.

............................................................................................................................................................

478 pegawai, anggota polis Melaka digerakkan bantu PRN Negeri Sembilan

MELAKA - Seramai 478 pegawai dan anggota polis Kontinjen Melaka digerakkan ke Negeri Sembilan bagi penugasan berkaitan proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu pada Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md Nazri Zawawi berkata, bantuan sumber manusia yang terlibat termasuk 32 pegawai kanan dan 446 pegawai rendah serta polis marin.

Menurutnya, mereka yang ditugaskan untuk membantu kelancaran proses pengundian hingga pasca PRN diingatkan agar menjalankan tugas dengan penuh jujur, ikhlas dan berintegriti tinggi.

"Kita harapkan pegawai-pegawai dan anggota saya itu akan membantu PRN bermula hari ini sehinggalah pasca pilihan raya nanti.

"Yang penting sekali mereka perlu kekalkan tahap disiplin mereka dan juga bersabar dengan karenah ataupun provokasi pengundi ataupun penyokong-penyokong parti nanti, itu biasalah lumrah dalam pilihan raya," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelepasan Petugas Bantuan Sumber Manusia PRN bagi Kontinjen Melaka di Padang Kawad, Ibu Pejabat Polis (IPK) Melaka, di Bukit Beruang di sini, pada Khamis.

Jelas Md Nazri, sebanyak 31 kenderaan terdiri daripada 11 buah van, enam buah bas dan 14 buah lori digunakan bagi membawa petugas ke Kontinjen Negeri Sembilan.

Menurutnya, empat motosikal berkuasa tinggi dan 24 motosikal ringan turut berkonvoi bersama pelepasan itu bagi bantuan penugasan di Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Ujarnya, kesemua pegawai dan anggota terbabit akan berada di Negeri Sembilan sehingga pada satu tempoh ditetapkan oleh IPK berkenaan.

Sabtu ini, seramai 808,533 pengundi yang layak akan keluar mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing di 387 pusat mengundi bagi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!