Vanessa Reynauld jadi rebutan di Sing! China 2023

Iklan
Vanessa ketika rakaman episod kelayakan baru-baru ini.

PENYANYI muda yang memenangi anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), sedia untuk bersinar dan mengharumkan nama Malaysia di pentas Sing! China 2023 (sebelum ini dikenali sebagai The Voice of China).

Vanessa, 23, yang berkebolehan berbahasa Melayu, Cina dan Inggeris kini berada di Shanghai untuk menyertai pertandingan terbitan Zhejiang TV.

Iklan
Iklan

Lebih istimewa, anak kelahiran Klang, Selangor itu telah berjaya menarik perhatian empat mentor iaitu Emil Chau, Joker Xue, Will Pan, dan Henry Lau (salah seorang ahli kumpulan lelaki popolar di Korea iaitu Super Junior) selepas menyanyikan lagu Riding The Wind daripada penyanyi dan pengubah lagu yang berbakat iaitu, David Huang.

"Emil Chau, sangat teruja dan membuat tawaran perjanjian untuk mengunjungi keluarga saya pada bulan September 2023 ketika dia akan mengadakan konsert di sini.

Iklan

"Henry Lau juga sangat teruja dan berbesar hati untuk merekrut saya dalam pasukannya. Henry akan memberikan sokongan penuh untuk membantu saya mencari kepakaran dalam muzik," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur Isnin lalu.

Selain itu, Vanessa berharap agar diberi peluang untuk membuat lebih banyak persembahan di pentas Sing! China 2023 dengan gaya yang berbeza dan serba boleh pada masa akan datang.

Iklan

Vanessa juga berjanji untuk memberikan tumpuan dan usaha yang maksimum dalam setiap persembahannya. Selain daripada persiapan yang dilakukan untuk menghadapi cabaran di pentas yang akan datang, Vanessa juga akan bakal melancarkan single terbarunya Igau pada 25 Ogos, yang akan berada di semua saluran digital strim muzik.

Tonton Sing! China 2023, eksklusif di Astro Go dan Astro Quan Jia (Saluran 308) untuk mengetahui pasukan mentor yang mana Vanessa pilih pada musim ini.