Impian mahu jadikan Pahlawan Championship identiti Malaysia

Iklan
John Faizol mahu jadikan Pahlawan Championship yang diinspirasikan oleh Pahlawan Muay Thai sebagai flagship sukan itu di Malaysia.

John Faizol mahu jadikan Pahlawan Championship yang diinspirasikan oleh Pahlawan Muay Thai sebagai flagship sukan itu di Malaysia.

KUALA LUMPUR - Biarpun sudah bergelumang dengan sukan muay thai sejak tahun 2000 lagi dan mula membina nama Pahlawan Muay Thai pada 2014, namun bagi pengasasnya, Muhammad Faizol Mohd Mokhtar atau lebih dikenali sebagai John Faizol ada sesuatu yang masih belum cukup memuaskan hatinya.

Iklan
Iklan

Anak jati kelahiran Kedah ini, menjelaskan kewujudan Pahlawan Muay Thai ini hasil inspirasi bersama rakan-rakan rapat yang memiliki minat dalam sukan berkenaan.

Jelas John Faizol, biarpun Pahlawan sebelum ini sudah terlibat secara langsung atau tidak dengan penganjuran menganjurkan berpuluh-puluh kejohanan muay thai di seluruh negara sejak 10 tahun lepas, namun beliau merasakan Pahlawan perlukan satu acara yang boleh menjadi identiti dan mengangkat jenama itu di kancah sukan tempur berkenaan.

Iklan

"Saya sentiasa berkongsi idea dan mencari pendekatan baharu dengan rakan-rakan untuk mengukuhkan semula nama Pahlawan.

"Kami tak mahu sekadar jadi penganjur kejohanan sukan muay thai saja, tapi kami mahu Pahlawan menjadi satu nama yang mampu membina legasi besar dalam sukan ini,” katanya.

Iklan

Oleh itu, tercetusnya idea untuk mewujudkan acara Pahlawan Championship yang kali pertama dianjurkan di Kulim, Kedah pada Jun lalu.

John Faizol (duduk, kanan) ketika mengendalikan sidang media kejohanan Pahlawan International Championship di Kulim, Kedah, Jun lalu.

Ujar individu yang memiliki Sijil Majlis Kejurulatihan Muay Thai Dunia itu, Pahlawan Championship bukan sekadar kejohanan sukan muay thai malah menjangkau lebih jauh sebagai platform mencungkil bakat baharu serta mempromosi gaya hidup sihat.

Ujar John Faizol, perancangan awal Pahlawan Championship akan menjelajah ke empat zon seluruh tanah air dalam tempoh setahun dengan tarikan utama adalah pertarungan bulanan yang membuka peluang luas kepada penempur-penempur sukan muay thai tempatan dan antarabangsa.

Pahlawan Championship bakal jadi platform mencungkil bakat muda dalam sukan muay thai negara.

"Insyalllah kita yakin Pahlawan mampu mengendali dan mengemudi acara terbesar ini berbekalkan pengalaman kami dalam sukan tempur ini.

"Pahlawan Championship bukan saja memberi ruang kepada penempur sukan muay thai sedia ada tapi lebih penting bakat-bakat baharu sukan ini ada gelanggang untuk mempamerkan kebolehan mereka.

Pahlawan mahu membina generasi muda yang terlibat dengan kegiatan yang sihat dan berfaedah.

"Pahlawan mahu membina generasi muda yang terlibat dengan kegiatan yang sihat dan berfaedah. Ini kerana muay thai bukan lagi dianggap sekadar seni mempertahankan diri tetapi juga suatu industri sukan yang berkembang pesat,” katanya.