Yusri Che Lah puji kerja keras anak buah

Iklan
Yusri Che Lah

KEMENANGAN Perak FC menewaskan Penang FC 3-1 pada perlawanan Liga Super pada malam Rabu hasil kerja keras pemain yang mahu memastikan pasukan tidak tersingkir musim hadapan.

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah memuji anak buahnya yang berjaya mengekalkan rentak kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC sebelum ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dua jaringan awal pada babak pertama memperlihatkan keupayaan sebenar pasukan yang ditagih selama ini tetapi mengakui masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki.

"Bagi saya, kami masih jauh dari apa yang kami lakukan. Jika dilihat malam ini jaringan terhasil memang pemain mahukan kemenangan sepertimana yang kita tahu, kita risau akan penyingkiran yang dimaklumkan dalam liga.

Iklan

"Walaupun kita agak selesa pada separuh masa pertama, separuh masa kedua agak goyang bagi saya kerana penampilan kurang bertenaga. Namun inilah bola sepak," katanya kepada pemberita selepas perlawanan Perak FC menentang Penang FC di Stadium Perak di Ipoh pada Rabu.

Dalam pada itu, Yusri turut mengakui anak buahnya berdepan cabaran dari segi kecergasan pemain disebabkan jadual perlawanan yang agak padat.

Iklan

Katanya, bermain di gelanggang sendiri mungkin memberi kelebihan tetapi apabila berada di tempat lawan mereka memerlukan sesuatu untuk memenangi perlawanan.

"Saya cuba yang terbaik untuk mengekalkan Perak di dalam Liga Super dengan pemain sedia ada dan perlu dilihat faktor kecederaan dan kita masih ada lagi tujuh perlawanan dan dua antaranya akan bermain di Stadium Perak.

"Masalah kecederaan, penggantungan dan keletihan pemain antara perkara yang merisaukan saya keletihan kerana kita menggunakan pemain yang sama setiap minggu," katanya.