Peruntukan lebih tinggi bukti Kelantan tidak dianaktirikan - PM

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Peruntukan yang lebih besar diberikan oleh Kerajaan Perpaduan kepada Kelantan membuktikan bahawa negeri itu tidak dianaktirikan.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Sulaiman dalam satu program debat malam tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan yang diberikan kepada Kelantan itu lebih tinggi berbanding ketika Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi Kerajaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Perpaduan lebih banyak berbanding ketika Pas dan Bersatu dalam kerajaan sebelum ini.

"Masa jadi kerajaan mereka sibuk hal-hal lain, peruntukan kepada Kelantan kurang berbanding sekarang.

Iklan
Iklan

"Jadi bagaimana dia (Syahir) kata dianaktirikan," katanya selepas menyampaikan ucap tama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik pada Khamis. - Awani