Isu Menteri Besar Kelantan, PH-BN tandus ideal - Wan Roslan

Iklan
Wan Roslan (kanan) yang menunjukkan pelekat #byebye UMNO yang edarkan oleh bekas-bekas UMNO Ketereh.

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) Kelantan melihat lawan mereka, Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sebagai ketandusan idea apabila berulang kali memainkan isu calon Menteri Besar Kelantan sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PN Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, pihak itu sepatutnya tidak berhak mencampuri urusan dalaman PN dan lebih fokus kepada penyokong-penyokong mereka yang semakin hilang kepercayaan terhadap parti mereka sendiri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan PH-BN terutama di Kelantan itu bukan sahaja tidak relevan bahkan disifatkan sebagai orang yang kalah lebih awal di medan peperangan.

"Pembangkang tanpa goyah mengaku kalah lebih awal sehingga mencabuli serta masuk campur urusan ‘rumah tangga’ PN.

Iklan

"Mereka ini ketandusan idea dan bermain dengan persepsi calon Menteri Besar Kelantan yang hanya akan diketahui setelah PRN selesai dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar harian PN sempena PRN di Pejabat Perhubungan Pas negeri Kelantan di sini, pada Khamis.

Wan Roslan meminta pengundi-pengundi di Kelantan tidak mudah terpengaruh dengan persepsi buruk yang sengaja direka oleh PH-BN terhadap PN di Kelantan terutamanya berkaitan Pas.

Iklan
Wan Roslan

"Rakyat di negeri ini diminta tidak terpengaruh dengan persepsi sebegini dan teruskan sokongan yang hebat kepada Pas termasuk perantau-perantau yang akan pulang mengundi nanti.

"Maklum balas yang diterima, PN mendapat sambutan daripada anak-anak Kelantan itu dan mereka berjanji akan memberikan komitmen untuk pulang membuang undi pada 12 Ogos ini,” ujar beliau.

Sementara itu, calon Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor itu berkata, sokongan terhadap UMNO mulai lemah dan semakin dirasai menjelang prn yang tinggal dua hari lagi.

Katanya, sebelum penamaan calon, sebanyak 450 ahli UMNO masuk Pas manakala sejumlah mereka juga beralih ke parti lambang bulan itu dalam tempoh kempen prn berlangsung.

"Gerakan #byebye UMNO oleh bekas ahli-ahli UMNO Ketereh membuktikan ramai kalangan mereka yang makin hilang percaya terhadap parti tersebut,” katanya.

Sebelum ini akhbar melaporkan Setiausaha BN Kelantan, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad mendakwa Pas mengalami krisis besar berhubung bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang digugurkan daripada menjadi calon PRN selain perebutan jawatan Menteri Besar.