Tottenham buka pintu buat Bayern bincang dengan Kane

Iklan
Kane

JUARA Jerman, Bayern Munich dilaporkan mencapai perjanjian dengan Tottenham Hotspur untuk perpindahan kapten England, Harry Kane, menurut beberapa media Inggeris dan Jerman.

Bayern yang tidak mengulas mengenai laporan berkenaan telah cuba menandatangani penyerang itu selama berbulan-bulan dengan perjanjian bernilai kira-kira 100 juta pound (RM583 juta).

Iklan
Iklan

Sekiranya perjanjian itu dimeterai, ia akan menjadi perpindahan terbesar dalam sejarah Bundesliga.

Media Jerman berkata, kelab tersebut menyediakan kontrak tetapi pemain itu masih perlu lulus ujian perubatan di Munich.

Iklan

The Bavarians, yang memenangi liga untuk rekod kali ke-11 berturut-turut musim lalu, telah terdesak untuk membawa Kane.

Ia selepas mereka berusaha untuk meningkatkan serangan dan pertempuran mereka untuk gelaran Liga Juara-Juara sekali lagi.

Iklan

Laman web Athletic melaporkan kini terpulang kepada Kane, yang mempunyai satu tahun lagi dalam perjanjian Tottenham untuk menerima tawaran kelab Jerman itu.

Bayern memulakan musim baharu pada Sabtu apabila menyingkap kempen Piala Super Jerman menentang RB Leipzig.

Bundesliga bermula minggu depan dengan Bayern menentang Werder Bremen pada 18 Ogos.