'Mood' rakyat kuat sokong PN, bukan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Iklan
Saifuddin ketika ditemui selepas menghadiri Program 'Chat With Me 3.0' di Dataran Jambatan Angkat di sini, pada Khamis.

KUALA TERENGGANU - Keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Kerajaan Perpaduan mampu merampas negeri yang ditadbir pembangkang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini berbeza daripada situasi sebenar.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana 'mood' rakyat ketika ini jelas memilih gabungan Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Iklan
Iklan

Saifuddin dalam masa sama turut mempersoal data 'meyakinkan' daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

"Tetapi, setakat yang saya tahu mood rakyat begitu kuat menyokong PN dan dalam masa yang sama kita tidak boleh mendabik dada sebalik harus merendah diri," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program 'Chat With Me 3.0' di Dataran Jambatan Angkat di sini, pada Khamis.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Iklan

Anwar dalam ucapan siri ceramah di negeri ini pada malam Rabu memberi gambaran bahawa ada kebangkitan dalam kalangan rakyat terutama di Terengganu kini berpihak kepada Kerajaan Perpaduan.

Sabtu ini, enam negeri iaitu Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan menghadapi PRN secara serentak.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!