Bayern buka musim baharu tanpa penjaga gol utama

Iklan
Neuer - Foto Agensi

BAYERN Munich akan memulakan musim baharu dengan perlawanan Piala Super Jerman menentang RB Leipzig pada Sabtu.

Namun juara Jerman itu tidak akan mempunyai penjaga pilihan pertama selepas pencarian di pasaran perpindahan pemain masih belum membuahkan hasil.

Iklan
Iklan

Bayern akan mempertaruhkan pengalaman Sven Ulreich berusia 35 tahun, yang menjadi pilihan ketiga kelab itu untuk perlawanan menentang Leipzig.

Namun dengan penjaga gol utama, Manuel Neuer akan terlepas permulaan musim ini selepas pulih kecederaan patah kaki, Alexander Nuebel ke VfB Stuttgart, Johannes Schenk kini bersama Preussen Muenster dan Yann Sommer menyertai Inter Milan, Bavarians mendapati tiada pilihan lain.

Iklan

Bayern berkata, pemulihan Neuer berjalan dengan lancar, namun tidak menetapkan tarikh untuk kembali.

Perkembangan itu menyaksikan berkemungkinan Neuer akan terlepas beberapa minggu, sekiranya Bayern menyingkap kempen Bundesliga baharu minggu depan.

Iklan

"Ia adalah satu ketidakpastian yang besar jika Manuel Neuer boleh kembali. Dan jika dia kembali kita tidak tahu dalam bentuk apa dia akan kembali.

"Bayern perlu menandatangani penjaga gol permulaan sekarang," kata bekas pemain Jerman, Dietmar Hamann.

Bayern dilaporkan menunjukkan minat untuk beberapa penjaga utama termasuk Kepa Arrizabalaga dan David de Gea antara lain tetapi setakat ini hanya terdapat sedikit kemajuan.

Bayern yang memenangi Liga Jerman di bawah kendalian Thomas Tuchel tetapi terlepas sebarang kejuaraan lain, kini cuba mendapatkan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.