MANCHESTER City tidak akan mencapai tahap tertinggi seperti yang dilakukan ketika merangkul kejuaraan treble musim lalu, kata pengendali Pep Guardiola menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Burnley awal pagi Sabtu.
Pasukan Guardiola memenangi lima daripada enam kejuaraan Liga Perdana Inggeris terakhir dan musim lalu juga memenangi Piala FA dan meluaskan penguasaan domestik apabila menjulang Liga Juara-Juara buat kali pertama.
Walaupun City sudah pasti menjadi pilihan dalam setiap pertandingan pada musim ini, namun Guardiola agak berhati-hati mengenai prospek pasukan.
"Ia tidak mungkin untuk melakukan apa yang kami lakukan musim lalu, ia sekali seumur hidup.
"Kami mendaki gunung tertinggi musim lalu, tetapi dalam dua hari terakhir kami turun darinya dan kini kami mula semula.
"Semua orang mempunyai niat yang sama dan akan ada banyak kesukaran untuk mendaki gunung setinggi mungkin.
"Bola sepak kami, tahap kami, mentaliti kami akan menentukan bagaimana musim ini," kata Guardiola kepada pemberita menjelang lawatan ke Turf Moor.
Sebagai rekod, Guardiola menambah pemain baharu Josko Gvardiol, yang ditandatangani dengan harga 90 juta euro daripada kelab Bundesliga RB Leipzig minggu lalu, akan membuat penampilan sulung menentang Burnley.
"Dia sudah bersedia. Dia sudah selesa. Nathan Ake juga sudah bersedia,” kata Guardiola.
LIGA PERDANA INGGERIS 2023/24
SABTU (12 OGOS)
Burnley lwn Manchester City, 3 pagi
Arsenal lwn Nottingham Forest, 7.30 malam
Sheffield United lwn Crystal Palace, 10 malam
Bournemouth lwn West Ham United, 10 malam
Brighton & Hove Albion lwn Luton Town, 10 malam
Everton lwn Fulham, 10 malam
AHAD (13 OGOS)
Newcastle United lwn Aston Villa, 12.30 tengah malam
Brentford lwn Tottenham Hotspur, 9 malam
Chelsea lwn Liverpool, 11 malam
SELASA (15 OGOS)
Manchester United lwn Wolves, 3 pagi