Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September

Iklan
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

VOKALIS kumpulan Hujan, Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.

Pengesahan tarikh pernikahan penyanyi Angin Kencang dengan Fatin yang merupakan seorang peguam itu tertulis di atas kad undangan perkahwinan yang sudah mula diedarkan.

Iklan
Iklan

Menerusi kad undangan digital berwarna hitam seperti yang dilihat Gempak, tertera butiran perkahwinan bakal pengantin baharu tersebut.

Ia antaranya tertera; ‘Fatin Athira Mustapa & Mohammad Noh Salleh, 23 September 2023’.

Iklan

Bersama maklumat tersebut, turut disertakan lokasi majlis perkahwinan Noh dan Fatin.

Pemuzik kelahiran Sarawak itu dan Fatin memilih sebuah lokasi perkahwinan popular yang terletak di Puchong, Selangor.

Iklan

Tetamu pula dijemput hadir pada sebelah malam yang dipercayai sebagai majlis resepsi.

Difahamkan pasangan tersebut akan diijabkabulkan pada sebelah pagi.

Noh dan Fatin bertunang pada 7 Mei lalu di kediaman keluarganya di Putra Heights, Subang Jaya.

Sebelum ini, penyanyi merangkap komposer itu mendirikan rumahtangga dengan penyanyi, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 40, pada 2 Julai 2011, namun bercerai awal Ogos tahun lalu.

Pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat, Musa yang diperkenalkan kepada umum sekitar April tahun lalu. - Gempak