GOMBAK - Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pihak berkuasa dapat memantau aktiviti 'memancing undi' dengan wang ringgit, menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabtu ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pihak berkuasa berkenaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Iklan
Iklan
"Pihak lawan sekarang ini agak senyap, agak tidak banyak melakukan aktiviti secara terbuka, saya khuatir strategi saat akhir akan dilakukan oleh mereka.
"Sesuatu akan dilakukan oleh mereka, saya takut aktiviti 'sedekah' akan lebih banyak lagi...kita mahu yang menang secara demokratik, yang kalah secara demokratik,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Karnival Kerjaya MADANI bersama Hawa Malaysia, dan disaksikan Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar di Dewan Serbaguna JAKOA Batu 12 Gombak di sini pada Khamis.
Ahmad Zahid berkata, semua parti politik perlu bersaing secara sihat dan kemenangan bukan melalui 'sedekah politik’. - Bernama
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Artikel Berkaitan