55 peratus pengundi Melayu di NS pilih Kerajaan Perpaduan - Rafizi

Iklan
Rafizi

SEREMBAN - Hasil kaji selidik Pakatan Harapan (PH) mendapati 55 peratus pengundi Melayu di Negeri Sembilan akan memilih Kerajaan Perpaduan pada pilihan raya negeri (PRN) ini.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, 40 peratus pengundi Melayu pula mengatakan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) dan lima peratus lagi masih belum membuat keputusan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, angka itu diperoleh berdasarkan kaji selidik dengan menghubungi pengundi berdaftar setakat petang Khamis.

"Setakat ini bacaannya insya-ALLAH Kerajaan Perpaduan akan menang besar di Negeri Sembilan. Saya tak mahu meramalkan berapa (jumlah kerusi), tapi pada pengiraan saya, kalau ada pun kerusi yang masih berisiko boleh dimenangi PN mungkin tiga atau empat saja.

Iklan

"Maknanya Kerajaan Perpaduan insya-ALLAH boleh melepasi 30 kerusi sekurang-kurangnya," katanya ketika memberi ceramah Jelajah Madani di Ampangan di sini pada Khamis.

Menurutnya, gabungan itu juga tiada masalah untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina dan India yang sedia maklum melepasi 90 peratus.

Iklan

Sementara itu, Menteri Ekonomi itu berkata, dalam tempoh 24 jam terakhir berkempen ini, jentera parti diingatkan memberi tumpuan untuk mengeluarkan seberapa ramai pengundi.

"Dari segi soal kempen dan meyakinkan pengundi, pada pengalaman saya di enam buah negeri, kempen paling baik dan cemerlang ialah kempen di Negeri Sembilan," katanya.