Ibanez sertai Al-Ahli dari AS Roma

Iklan
Ibanez (kiri) memperkuatkan cabaran musim baharu Al-Ahli

PEMAIN pertahanan Brazil, Roger Ibanez telah menyertai pasukan Liga Pro Saudi, Al-Ahli dari kelab Serie A, AS Roma dengan kontrak empat tahun.

Kelab-kelab terbabit bagaimanapun tidak mendedahkan yuran perpindahan pemain berusia 26 tahun itu, yang menyertai Roma dari Atlanta dengan perjanjian tetap pada 2021.

Iklan
Iklan

Ibanez menjaringkan tiga gol dalam 48 perlawanan untuk pasukan Jose Mourinho musim lalu.

"Selamat datang ke Al-Ahli, Roger!" Al-Ahli menyiarkan pada platform media sosialnya pada Jumaat.

Iklan

Al-Ahli sebelum ini menamakan Matthias Jaissle sebagai pengendali dengan perjanjian tiga tahun, selepas Red Bull Salzburg memecat jurulatih Jerman itu.

Ibanez menjadi tambahan terbaru kepada Al-Ahli, yang kembali ke liga utama Arab Saudi selepas satu musim di Divisyen Dua, selepas Riyad Mahrez, Roberto Firmino, penjaga gol Edouard Mendy, Alain Saint-Maximin dan Franck Kessie.

Iklan

Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF) telah mengumumkan Projek Pelaburan dan Penswastaan ​​Kelab Sukan yang melibatkan juara liga Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.

PIF memiliki 75 peratus daripada setiap empat kelab, manakala entiti bukan berteras keuntungan masing-masing memiliki 25 peratus daripada setiap kelab.