Healthline sedia pakej balik mengundi guna ambulans

Iklan
Poster pakej Jom Balik Mengundi yang ditawarkan pihak Healthline Ambulance

SHAH ALAM - Agensi perkhidmatan penyelamat kecemasan mengambil inisiatif dengan menyediakan pakej Jom Balik Mengundi menggunakan ambulans bagi membawa individu yang kurang berkeupayaan atau terlantar pulang ke kampung halaman pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Healthline Ambulance dalam satu kenyataan berkata, menerusi pakej itu, pihaknya akan membawa pesakit terbabit ke pusat pengundian termasuk dijaga oleh anggota paramedik sepanjang proses berkenaan.

Iklan
Iklan

"Selesai proses pengundian, kami akan bawa kembali orang yang anda sayangi pulang ke pangkuan anda," katanya menerusi Facebooknya.

Agensi yang berpusat di Seri Iskandar, Perak itu juga mempunyai dua cawangan di Teluk Intan dan Manjung.

Iklan

Menurutnya lagi, sepanjang musim PRN kali ini, Healthline Ambulance turut menawarkan diskaun 20 peratus untuk pemindahan pesakit antara negeri.

"Jangan lepaskan peluang ini, tempah sekarang sebelum terlambat," ujarnya.

Iklan

Pada 5 Julai lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRN mengandungi seramai 9,773,571 orang pemilih yang terdiri daripada 9,674,456 orang pengundi biasa, 49,660 tentera serta pasangan, 47,728 polis serta pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan 1,727 orang pengundi tidak hadir luar negara.

Sebanyak 3,190 pusat mengundi biasa yang mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran dan 260 pusat mengundi awal bagi pengundian yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal akan digunakan.