PRN: PN menang di Negeri Sembilan hanya kenyataan terdesak

Iklan
Abd Latif

SEREMBAN - Propaganda mengenai Negeri Sembilan akan dikuasai Perikatan Nasional (PN) merupakan usaha terakhir dan terdesak Pas untuk meyakinkan penggundi di negeri ini.

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) negeri, Abd Latif A Tambi berkata, meskipun kehadiran penyokong PN yang ramai ketika program kempen di Bandar Senawang baru-baru ini, ia tidak boleh dijadikan rumusan kemenangan tanpa dibantu data, statistik serta kebarangkalian.

Iklan
Iklan

"Mengambil contoh debat antara Rafizi (Ramli) dan Syahir (Sulaiman), kecetekkan ilmu, fakta dan kajian hanya menyedarkan rakyat bahawa Pas tidak mempunyai kepimpinan yang berwibawa untuk mengangkat semula darjat negeri mahupun negara ke persada antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Abd Latif yakin Kerajaan Perpaduan akan menerajui negeri ini berdasarkan beberapa faktor jelas antaranya jaminan kemenangan di 11 kerusi selamat ditandingi DAP.

Iklan

Justeru, katanya, gabungan PH-BN hanya memerlukan lapan kerusi untuk mentadbir semula Negeri Sembilan.

"PKR bertanding enam kerusi, UMNO dengan 17 dan Amanah (Parti Amanah Negara) dua kerusi. Lapan kerusi atau lebih lagi mampu di sumbangkan PH-BN kerana kekuatan yang ada dalam gabungan perpaduan.

Iklan

"Strategi PH-BN adalah menang dan berkhidmat untuk rakyat manakala PN adalah untuk kalah," ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Amanah Tampin berpandangan, pergeseran antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas masih berlanjutan sekali gus menyebabkan pindah undi dan kebarangkalian tidak keluar menggundi.

"PN gagal meletakkan calon boleh menang di kebanyakan kerusi dan lebih mengelirukan apabila kerusi Bersatu yang boleh memberi saingan kepada BN-PH telah diberi kepada calon Pas dan begitu juga sebaliknya," ujarnya.