Tindakan Muhammad Faiz keluar parti tak beri kesan kepada Bersatu

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin, Saifuddin

KUALA NERUS - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terkesan dengan keputusan Dr Muhammad Faiz Na'aman meninggalkan parti itu.

Malah, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, persediaan parti dan Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi pilihan raya negeri (PRN) juga tidak terjejas.

Iklan
Iklan

"Malah, jentera parti kita tetap berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui pada Ceramah Mega Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Seberang Takir pada malam Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Muhammad Faiz yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu meninggalkan parti tersebut.

Iklan

Turut hadir, calon Pas DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat.

Muhammad Faiz pada Sabtu mengumumkan meletak jawatan termasuk berhenti sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Iklan

Dakwa Muhammad Faiz, objektif awal penubuhan parti berkenaan kian terpesong yang mana ia mahu menggantikan UMNO dengan memberi lebih ruang kepada orang muda dan muka baharu terutama mempunyai latar belakang bersih.