PRN: Penyokong Pas diingat jaga akhlak sepanjang hari mengundi

Iklan

KUALA TERENGGANU - Rakyat Terengganu terutamanya penyokong Pas diingatkan supaya menjaga etika dan akhlak masing-masing pada hari pengundian esok.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata, tindakan itu perlu bagi menjamin kelancaran proses pengundian bagi pilihan raya negeri (PRN) tersebut.

Iklan
Iklan

"Tonjolkan imej yang baik dan pekerti yang mulia sebagaimana yang diajar oleh agama dan diasuh dalam parti.

"Jangan menyertai atau terpengaruh dengan apa-apa provokasi yang boleh menjejaskan proses demokrasi sekali gus merosakkan nama baik parti kita," katanya ketika sidang akhbar khas di Pusat Media Pas Terengganu di sini pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, Alias juga turut merakamkan penghargaan kepada semua jentera parti yang bekerja keras sepanjang tempoh kempen pilihan raya kali ini.

"Mewakili kepimpinan Pas dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas usaha yang bertungkus-lumus siang dan malam serta pengorbanan harta, idea, masa dan tenaga semua anggota parti demi meraih sebuah kemenangan yang diberkati," katanya.

Iklan

Sabtu ini, enam negeri iaitu Terengganu, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang akan menghadapi PRN secara serentak.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!