Mahu kembalikan kerusi Guar Chempedak kepada UMNO

Iklan
Abdul Paris

GUAR CHEMPEDAK - Biarpun mencabar, namun calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Chempedak tetap yakin akan mendapatkan semula kerusi itu selepas menyandangnya keluar parti dan memihak kepada Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Abdul Paris Abdul Hamid tidak menafikan bahawa gelombang hijau sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah cabaran yang perlu ditempuh.

Iklan
Iklan

"Cabaran tetap cabaran, kita hadapi dengan sebaik mungkin dan rasa tiada masalah, kita boleh menang. Gelombang PRU15 dengan sekarang situasi berbeza, dulu mungkin faktor tertentu mengapa pengundi berpihak sebelah sana.

"Gelombang itu pun dah berubah tapi apa pun kami tak pandang rendah dan kami nak sebanyak mungkin masyarakat Guar Chempedak berpihak kepada BN," katanya.

Iklan

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Jerai berkata, sepanjang fasa berkempen, gelombang atau perubahan kepada BN nyata nampak jelas.

"Semangat nak bawa balik kerusi ini bukan pada saya saja, malah seluruh warga Guar Chempedak secara spesifiknya ahli UMNO dan menyokong BN memang mengharapkan atau mahu dapat balik kerusi ini.

Iklan

"Ini adalah tempat warisan kita, BN tak pernah kalah di Guar Chempedak, hari itu pun kita menang tetapi disebabkan pengkhianatan, kita kehilangan kerusi tersebut.

Menurut Abdul Paris, selama ini UMNO mempunyai rekod yang baik dan akan mengembalikan segala khidmat serta bakti yang telah ditaburkan selain membuat penambahbaikan dari segi perkhidmatan bagi memastikan rakyat yakin BN berada di landasan yang betul.

Pada PRU14, kerusi N21 dimenangi Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (UMNO) majoriti 259 undi dengan jumlah undi sebanyak 6,518 mengalahkan calon Pas dan PKR, namun beliau bertindak keluar parti dan menyokong PN.

Pada PRU15 pula, Ku Abd Rahman mencuba nasib di Parlimen Kubang Pasu mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu-PN) dan menang dengan majoriti 31,584 undi serta jumlah undi diperolehi sebanyak 47,584 undi mengalahkan calon PKR, Pejuang dan UMNO.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!