Projek PLSB Sungai Kelantan

Iklan

Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa 1 dilaksanakan berhampiran Jeti Kok Majid, di sini.

Projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 merupakan projek kerajaan persekutuan dilaksanakan sejak 2018 itu melibatkan peruntukan bernilai RM699 juta dijangka siap pada Oktober ini.

Iklan
Iklan

Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan PLSB Fasa 2 melibatkan peruntukan RM1.06 bilion pada September depan dan dijangka siap pada 2028.

Melalui pelaksanaan PLSB Fasa 1 dan 2, seluas 63,000 hektar kawasan banjir melibatkan 130,700 penduduk terutamanya di lembangan Sungai Kelantan seperti di Kota Bharu dan Tumpat akan dilindungi daripada risiko banjir.

Iklan
Iklan

Skop projek PLSB Sungai Kelantan Fasa 1 dan 2 meliputi komponen tebatan banjir, sungai, saliran mesra alam dan National Water Balance System (NAWABS).