Semarakkan kibar Jalur Gemilang

Iklan
Jalur Gemilang dipasang di kawasan jejantas pejalan kaki sekitar pusat bandaraya bagi menyemarakkan semangat patriotik ketika tinjauan sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 hari ini.

Sambutan Hari Kebangsaan yang ke-66 pada 31 Ogos ini bertemakan Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Tema itu selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyatnya yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Iklan
Iklan