CIA kantoi intip China?

Iklan
Kes itu kini mendapat perhatian di China dan menjadi topik paling trending di laman Weibo pada Jumaat. - Foto Agensi

BEIJING - China pada Jumaat mendedahkan 'kes pengintipan' melibatkan Agensi Risikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) setelah Washington berulang kali melemparkan tuduhan Beijing mengintip negara itu.

Kementerian Keselamatan Negara memaklumkan aktiviti itu membabitkan seorang rakyat tempatan dikenali sebagai Zeng yang memberikan maklumat rahsia teras demi wang.

Iklan
Iklan

"Selepas siasatan teliti dilancarkan, pihak berkuasa memperoleh bukti kukuh tentang penglibatan Zeng. Kami akan mengambil langkah tegas mengikut undang-undang untuk menghapuskan ancaman itu pada tepat masanya," jelasnya lagi tanpa memberikan butiran lanjut tentang 'hukuman' yang bakal dikenakan ke atas tali barut berkenaan.

Menurutnya, Zeng, 52, dihantar ke Itali untuk melanjutkan pengajian di mana dia mula bersahabat dengan ejen CIA yang ditempatkan di Kedutaan AS di Rom.

Iklan

Ejen itu berjaya meyakinkan Zeng untuk mendapatkan maklumat sensitif tentera China sebagai pertukaran dengan sejumlah besar bayaran dan jaminan untuk memindahkan lelaki itu bersama keluarganya ke AS.

Laporan Beijing juga mendapati Zeng menandatangani kontrak bersama Washington dan diberikan latihan sebelum kembali ke tanah air untuk melakukan aktiviti pengintipan tersebut.

Iklan

Difahamkan, kes itu kini mendapat perhatian di China dan menjadi topik paling trending di laman Weibo.

Pembongkaran itu dibuat selepas Beijing menyemak semula undang-undang anti pengintipan yang mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat aktiviti pengintipan termasuk mendapatkan dokumen berkaitan dengan keselamatan serta kepentingan negara tanpa kebenaran. - AFP