Pihak berkuasa diminta pantau aktiviti 'sedekah politik' - Ahmad Zahid

Iklan
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercakap pada sidang media Program Eksplorasi Belia di Dataran Tsunami pada Jumaat. - Foto Bernama

SUNGAI PETANI - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran memantau aktiviti pemberian 'sedekah politik' oleh parti politik menjelang hari pengundian esok.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan pengalaman pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak mustahil gabungan parti politik akan menggunakan pendekatan yang sama terutamanya di saat-saat akhir tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Iklan
Iklan

"Kegiatan memberi sedekah politik ini adalah rasuah dan dilarang mengikut Akta SPR...(berdasarkan) pengalaman dalam PRU15. Kita harap ketiga-tiga agensi ini (SPRM, SPR dan polis) dapat memantau melalui pendekatan mereka agar di saat akhir ini sedekah-sedekah politik itu tidak dilakukan,” katanya ketika ditemui pada Program Eksplorasi Belia di sini pada Jumaat.

Ahmad Zahid berkata, pimpinan Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan langkah-langkah yang demokratik pada PRN enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung esok.

Iklan

Mengulas mengenai pengumuman Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai calon baharu Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar di Kelantan, Ahmad Zahid berkata, alternatif yang terbaik untuk rakyat di negeri itu adalah dengan memilih BN pada hari mengundi esok.

Sebelum ini, Pas mencadangkan gabungan agamawan dan teknokrat untuk dua jawatan itu jika mereka berjaya mempertahankan negeri itu esok.

Iklan

Jawatan Menteri Besar Kelantan disandang Datuk Ahmad Yakob sementara Timbalannya pula Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.- Bernama