PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mampu mencipta kejutan sekiranya dapat mengekalkan prestasi terbaiknya seawal pusingan pembukaan pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Denmark, pada 21 hingga 27 Ogos ini.
Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Henderawan menyifatkan anak didiknya itu mempunyai karakter tersendiri di gelanggang selain mampu menghadirkan memberi cabaran kepada pemain lain.
Iklan
Iklan
"Dia ada standard, jadi selagi dia terus memberikan aksi terbaiknya apa jua boleh berlaku di kejohanan tersebut.
"Jadi saya mahu dia fokus kepada permainan satu persatu terlebih dahulu,” katanya menerusi rakaman audio dikongsi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kepada media pada Jumaat.
Pemain berusia 23 tahun berstatus ranking ke-22 dunia akan menyingkap tirai di Denmark menentang pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Zhao Jun Peng dari China.
Seandainya pemain kelahiran Muar, Johor itu melepasi pusingan pertama, dia berkemungkinan bertemu pemain ranking ke-12 dunia, Anders Antonsen dari Denmark.
Sebagai rekod, pada penampilan sulung pemain berusia 23 tahun itu edisi di Tokyo, tahun lalu, Tze Yong tersingkir di pusingan kedua kepada pemain berprofil tinggi dari Thailand, Sitthikom Thammasin 9-21, 21-10, 16-2.
Artikel Berkaitan