NEWCASTLE United melabur banyak pada musim penutup, namun pengendali Eddie Howe berkata, The Magpies masih memerlukan tambahan pemain untuk meningkatkan intensiti kelab apabila menyingkap tirai Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.
Newcastle membelanjakan 128 juta pound untuk membawa masuk Sandro Tonali, Harvey Barnes dan Tino Livramento pada musim penutup.
Namun dengan kelab itu yang layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam dua dekad, Howe mahu cabaran kelab tersebut diperkuatkan musim ini.
"Saya fikir kita memerlukan intesiti yang ideal pada masa ini dengan kecederaan yang pasukan alami masa ini, sama-sama kita tunggu dan lihat.
"Tidak 100 peratus (pasti akan menandatangani lebih ramai pemain) kerana ia bergantung kepada perjanjian dan saya fikir kami mungkin perlu kreatif dengan pemain terakhir ini.
"Tetapi sukar untuk memastikannya kerana, sekali lagi, ia bergantung kepada tahap kecederaan para pemain sekarang,” kata Howe menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Aston Villa pada Sabtu.
Pada masa sama Howe mengesahkan Joe Willock terlepas penghujung musim lalu kerana kecederaan hamstring, kekal diketepikan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan September.
"Dia baru sahaja merasakan sedikit ketidakselesaan di bahagian hamstringnya.
"Kami mungkin akan merinduinya untuk kumpulan pertama perlawanan sebelum rehat antarabangsa pertama,” kata pengurus berusia 45 tahun itu.
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (12 OGOS)
Arsenal lwn Nottingham Forest, 7.30 mlm
Sheffield United lwn Crystal Palace, 10 mlm
Bournemouth lwn West Ham United, 10 mlm
Brighton lwn Luton Town, 10 mlm
Everton lwn Fulham, 10 malam
AHAD (13 OGOS)
Newcastle United lwn Aston Villa, 12.30 tgh mlm
Brentford lwn Tottenham Hotspur, 9 mlm
Chelsea lwn Liverpool, 11.30 mlm
SELASA (15 OGOS)
Manchester United lwn Wolves, 3 pagi