Tun M terima notis tuntutan saman Halim

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan menerima notis saman daripada ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad bagi menuntut pampasan berhubung kerugian dialaminya selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan, hampir 23 tahun lalu.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, beliau turut menyatakan bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan Malaysia turut dinamakan sebaga defendan dalam notis tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya telah terima satu notis tadi. Peguam memaklumkan Halim telah saman saya, Nor Mohamed dan kerajaan Malaysia kononnya kerana saya telah arah beliau lepaskan UEM dan Renong tanpa apa-apa keuntungan kepadanya.

"Halim juga dakwa dia tidak setuju dengan arahan itu tapi saya salah guna kuasa pada tahun 2001 untuk paksa dia lepaskan juga. Beliau tuntut bahawa UEM dan Renong miliknya dan hak Perlembagaan telah ketepikan,” katanya.

Iklan

Media pada Rabu melaporkan writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada 2 Ogos lalu melalui Tetuan Malik Imtiaz Sarwar.

Menurut pernyataan tuntutannya, Halim selaku plaintif mendakwa, beliau diarah oleh Dr Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan pemerolehan 32.69 peratus saham Renong daripada UEM.

Iklan

Bagaimanapun Halim mendakwa beliau dikehendaki menyokong inisiatif kerajaan melalui Khazanah Nasional Bhd untuk mengambil alih UEM secara tawaran am.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menyatakan kesediaan untuk menjawab tuduhan berkenaan melalui peguam di mahkamah dan tiada apa yang perlu disembunyikan.

Bagaimanapun beliau menimbulkan persoalan kerana Halim pada 2013 memfailkan saman terhadap kerajaan, Khazanah dan Nor Mohamed kerana mendakwa ditipu tetapi ditolak dan rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2015 turut diketepikan.

"Saya juga hairan dengan dakwaan Halim ini. Kenapa selama ini beliau tidak ambil tindakan terhadap saya dan tiba-tiba dekat pilihan raya kemukakan saman.

"Adakah akan berulang lagi sejarah baling batu sembunyi tangan?” soal beliau.