KUALA LUMPUR - Firma penyelidikan Emir Research dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) serta blok pembangkang Perikatan Nasional, masing-masing mampu menawan tiga negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Kajian itu turut menunjukkan PH-BN dijangka menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Perikatan Nasional pula dijangka akan menawan tiga negeri lain iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Di Selangor, Emir Research menjangkakan PH-BN dijangka mampu memperoleh 35 kerusi daripada 56 kerusi.
Perikatan Nasional pula dijangka berjaya menawan 13 kerusi di negeri itu, manakala 8 kerusi lagi tidak pasti.
Di Negeri Sembilan, PH-BN diramal memperoleh 18 kerusi, manakala PN-Pas mungkin tidak akan memenangi sebarang kerusi di negeri itu. Selebihnya 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu tidak pasti.
PH-BN terus mendahului di Pulau Pinang dengan 26 kerusi, PN-Pas (7 kerusi) dan 7 kerusi DUN tidak pasti.
Di Kedah, Kelantan dan Terengganu masing-masing didahului dengan parti Perikatan Nasional dan Pas, dengan masing-masing 29 kerusi, 38 kerusi di Kelantan serta kesemua 32 kerusi di Terengganu.
Kajian Emir Research itu dibuat berdasarkan data awam, rekod pilihan raya terdahulu, pangkalan data tersendiri dan model pelbagai teknik. - Awani