Empangan pecah punca banjir lumpur

Iklan
Air lumpur dilihat melimpah hanya di jalan raya.
DUNGUN - Bukit Besi dilanda banjir lumpur apabila sebuah empangan yang berada di atas bukit pecah, awal pagi tadi.

Empangan atau tempat takungan air yang digunakan untuk pembersihan bijih besi itu pecah disebabkan hujan lebat secara berterusan sejak malam tadi.

Pengerusi Penyelaras Dun Bukit Besi, Sulaiman Ghazali berkata, banjir lumpur itu berlaku agak teruk namun penduduk bernasib baik kerana lumpur turun dan melimpah di jalan raya.

"Tempat takungan air di atas bukit tiba-tiba pecah menyebabkan berlaku banjir lumpur berlaku kira-kira jam 7.30 pagi tetapi dalam tempoh tidak lama iaitu kira-kira satu jam sahaja.

"Banjir lumpur yang berlaku di jalan-jalan utama dan penduduk bernasib baik kerana air lumpur tidak memasuki rumah mereka. Tapi, gelanggang pusat turut terjejas sekali gus mengakibatkan kerosakan dan kerugian,” katanya.

Menurutnya, walaupun tidak membabitkan kerugian kepada penduduk tetapi keadaan itu boleh mendatangkan bahaya.

"Pihak berwajib harus lebih peka dan empangan tidak seharusnya dibina terlalu hampir dengan tebing.

Iklan
Iklan

"Jika terlalu dekat, ia mengundang risiko dam mudah pecah seperti yang berlaku sekarang. Penduduk perlu berwaspada dan berhati-hati dengan musibah yang berlaku,” katanya.