PRN: 10 peratus keluar mengundi awal setakat 9 pagi

Iklan
Pengundi menunggu giliran mereka dengan mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Peratusan keluar mengundi di enam negeri terlibat pilihan raya negeri (PRN) mencatatkan sekitar 10 peratus setakat jam 9 pagi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman Facebook pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Kedah, Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor merekodkan peratus pengundi keluar mengundi sebanyak 10 peratus.

"Negeri Sembilan mencatatkan peratusan sebanyak 9 peratus dan Kelantan pula merekodkan peratusan terendah setakat ini dengan 8 peratus.

Iklan

"Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P036 Kuala Terengganu, peratusan keluar mengundi setakat ini adalah 10 peratus,” kata kenyataan itu.

Iklan