PRN: Polis Terengganu larang perarakan rai kemenangan calon

Iklan
Mazli Mazlan

KUALA NERUS - Polis Terengganu melarang sebarang aktiviti perarakan bagi meraikan kemenangan calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) ini.

Ketuanya, Datuk Mazli Mazlan berkata, perarakan yang dilarang itu termasuk konvoi, memasang bunga api, vandalisme dan sebagainya.

Iklan
Iklan

"Pihak kami akan mengaturkan pencegahan (aktiviti perarakan) iaitu mendirikan sekatan jalan raya (SJR), rondaan Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB), trafik dan pasukan cantas.

"Langkah ini dibuat bagi memastikan ketenteraman awam berada dalam keadaan yang baik dan aman," katanya ketika membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal di sini, pada Sabtu.

Iklan

Sementara itu, Mazli turut memaklumkan sebanyak 23 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan telah dibuka sejak hari penamaan calon sehingga tamatnya tempoh kempen PRN di Terengganu.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 10 kes telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Manakala, 13 kes lagi masih dalam siasatan dan setakat ini polis Terengganu belum menerima laporan melibatkan kes 3R iaitu agama, raja dan kaum," katanya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!