'Inilah harinya rakyat guna kuasa'

Iklan
Wan Salleh dan isteri Wan Zainab hadir seawal jam 7.30 pagi di pusat pembuangan undi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat untuk mengundi.

TUMPAT - Sepasang suami isteri warga emas sanggup keluar awal bagi menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di sini untuk memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.

Wan Salleh Wan Jaafar, 79, dan isteri Wan Zainab Wan Mohamad, 74, hadir seawal jam 7.30 pagi di pusat pembuangan undi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut di sini untuk mengundi.

Iklan
Iklan

Wan Salleh berkata, walaupun dia dan isteri sudah uzur serta mengalami sakit lutut tetapi mereka tetap gagahkan diri keluar mengundi.

"Kami berdua tidak pernah ketinggalan mengundi kerana ini tanggungjawab.

Iklan

"Walaupun sukar berjalan serta tidak boleh berdiri lama tapi itu tidak mematahkan semangat kami," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, ibu yang sedang berpantang, Nurul Akma Yusof, 23, memberitahu, dia baharu melahirkan anak sulung 20 hari yang lalu.

Iklan

Walaupun sedang berpantang Nurul Akma tetap hendak mengundi kerana inilah masanya untuk menggunakan kuasa sebagai pemilih.

Ujarnya, walaupun sedang berpantang dia tetap hendak mengundi kerana inilah masanya untuk menggunakan kuasa sebagai pemilih.

"Mujurlah abang saya, Farizal, 35, sanggup membawa dan menolak menggunakan kerusi roda.

"Ini merupakan kali kedua saya mengundi," katanya.

Bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Mohd Nor Mohd Din, 42, pula kecacatan yang dialami bukan halangan buatnya memilih siapa pemimpin serta parti yang dikehendaki.

OKU penglihatan, Mohd Nor pula kecacatan yang dialami bukan halangan buatnya memilih siapa pemimpin serta parti yang dikehendaki.

Dia yang datang dari Wakaf Bharu ditemani isteri, Nor Suriani Yaacob, 38, untuk mengundi.

Nor Suriani memberitahu, suaminya tidak pernah ketinggalan mengundi setiap kali pilihan raya.

"Dia sangat bersemangat kerana katanya inilah hari yang dinanti-nantikan untuk menunjukkan kuasa sebagai rakyat," ujarnya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!