MANCHESTER United meluahkan rasa gembira dengan pilihan mereka mengikat penyerang muda, Rasmus Hojlund yang dianggap lebih berbaloi selepas gagal mendapatkan khidmat pemain sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane.
The Red Devils membatalkan hasrat menandatangani Kane selepas pengerusi Spurs, Daniel Levy meletakkan harga 100 juta pound (RM578.27 juta) untuk kapten England itu.
Pengendali United, merasakan pembelian Hojlund pada harga 72 juta pound (RM416.35 juta) dari kelab Itali, Atalanta adalah lebih baik.
"Kami gembira dengan skuad yang ada ketika ini,” ujar Ten Hag.
Bagaimanapun Hojlund mungkin tidak dapat diturunkan dalam masa terdekat kerana pemeriksaan kesihatan mendapati pemain berusia 20 tahun itu mempunyai kecederaan belakang.
Ia juga akan memberi impak terhadap kemampuannya untuk beraksi dalam dua aksi seminggu.
"Dia mempunyai sedikit isu dan tidak berada pada tahap seperti pemain-pemain lain ketika ini.
"Jadi dia masih memerlukan latihan dan sukar untuk menyatakan keadaannya. Namun kami yakin dan berfikiran positif,” ujar Ten Hag.