KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan membabitkan institusi diraja di media sosial dan aplikasi pemesejan.
Dalam kenyataan pada Sabtu, MCMC memaklumkan, peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan berbentuk penghinaan terhadap institusi tersebut.