Serangan ketika pecutan akhir tak jejas sokongan - Ahmad Amzad

Iklan
Ahmad Amzad (kanan) membuang undi di Sekolah Kebangsaan Durian Burung di Kuala Terengganu kira-kira jam 8.27 pagi pada Sabtu.

KUALA TERENGGANU - Calon Pas Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim menyifatkan serangan bertali arus diterima Perikatan Nasional (PN) ketika tempoh akhir kempen berakhir pada Jumaat tidak menjejaskan sokongan terhadap parti itu.

Menurutnya, dengan kepesatan teknologi dan pelbagai cabang maklumat yang ada, rakyat semakin bijak menilai informasi diterima serta tidak mudah termakan propaganda yang cuba dibawa oleh pihak lawan.

Iklan
Iklan

"Rakyat telah melalui tempoh kematangan dalam menilai maklumat-maklumat yang disebarkan sama ada melalui media sosial dan sebagainya lebih-lebih lagi lebih 44 hingga 45 peratus terdiri dalam kalangan anak muda yang sangat peka dengan maklumat ini.

"Cuma bagi saya, jika ada masalah lebih baik kita menunjukkan sikap matang untuk bersedia dan terbuka menerima teguran," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Burung, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Ahmad Amzad yang juga bekas Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Terengganu yang dimenangi pada PRU14 dengan majoriti 40,907 undi.

Beliau mendapat 63,016 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 10,946 undi; Datuk Mohd Zubir Embong daripada Barisan Nasional (BN) dengan 22,109 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi).

Iklan

Sebelum itu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lalu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad setelah mendapati wujud unsur rasuah ketika tempoh kempen pilihan raya di Parlimen tersebut.

Keputusan itu dibuat setelah UMNO Terengganu mengemukakan petisyen bagi membatalkan keputusan PRU15 parlimen berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 pada 3 Januari lalu.

Bagaimanapun, mahkamah tidak mengeluarkan larangan bagi beliau untuk bertanding pada pilihan raya itu.