JKDM siasat dakwaan pegawai tidur ketika bertugas

Iklan
Zazuli. Tangkap layar di aplikasi Twitter yang tular mengenai dakwaan terhadap seorang pegawai kastam di KLIA, Sepang.

SHAH ALAM - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjalankan siasatan susulan tular dakwaan terhadap seorang pegawainya tidur semasa bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tular di laman Twitter AduanRakyat bertarikh 10 Ogos.

Iklan
Iklan

"JKDM memandang serius terhadap perkara ini dan ingin menegaskan bahawa sebarang salah laku pegawai dan anggota akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, JKDM berterima kasih terhadap orang awam yang prihatin dalam menyalurkan aduan dan pandangan berhubung perkara ini.

Iklan

Sebelum itu, tular satu gambar seorang pegawai kastam lelaki yang didakwa sedang tidur ketika menonton aplikasi TikTok menggunakan 'earphone' semasa bertugas.

Iklan