Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula

Iklan
Petugas SPR menggunakan perkhidmatan helikopter bagi membawa peti undi dari Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pulau Redang ke pusat pengundian di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit untuk tujuan pengiraan sempena PRN hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dibuka sejak jam 8 pagi Isnin ditutup pada jam 6 petang ini.

Bergantung kepada kedudukan kawasan pusat mengundi, beberapa pusat pengundian mula ditutup secara berperingkat seawal jam 1 tengah hari sebelum pengundian berakhir pada 6 petang.

Iklan
Iklan

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasmi akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini.

Sebanyak 9,674,456 pengundi biasa daripada 9,773,571 pemilih berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya enam negeri hari ini yang menyaksikan 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Uundangan Negeri (DUN).

Iklan

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan Kelantan mempunyai 45.

Bagi PRK Kuala Terengganu pula, seramai 122,160 pengundi biasa daripada 123,575 pemilih berdaftar layak mengundi.

Iklan

PRK itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu satu.

PRK Parlimen Kuala Terengganu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah. - Bernama