GEORGETOWN - Gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri apabila mendahului majoriti besar sebanyak 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15).
Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diperolehi di pusat pengumpulan undi PH-BN di sini pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Sementara itu, parti DAP kekal menjadi penyumbang utama kemenangan gabungan PH-BN di Pulau Pinang apabila kesemua calon mereka yang bertanding di 19 kerusi DUN menang dengan majoriti besar.
Dalam pada itu, Perikatan Nasional (PN) pula berjaya mendahului beberapa kerusi majoriti pengundi Melayu antaranya di DUN Permatang Pasir, Sungai Acheh, Penaga, Permatang Berangan, Teluk Bahang dan Pulau Betong.