KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan sekatan jalan raya (SJR) pada jam 12 tengah malam ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, SJR dalam Op Kawal Nusa ini adalah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal sejurus keputusan pilihan raya negeri (PRN) diumumkan.