Persaingan sengit di Paya Jaras

Iklan
Ab Halim, Mohd Khairuddin

KUALA LUMPUR - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras sengit antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Sehingga jam 9 malam, calon PH, Mohd Khairuddin Othman yang juga penyandang kerusi mendahului dengan majoriti 56 undi dengan 7, 535 undi.

Iklan
Iklan

Lawannya yang juga tokoh akademik, Datuk Dr Ab Halim Tamuri dari PN pula memperoleh 7,479 undi.

Calon Bebas, Nurhaslinda Basri pula memperoleh 80 undi.

Iklan
Iklan

Setakat ini, 20 peratus undi telah dikira, melibatkan 33 saluran.