[KEPUTUSAN TIDAK RASMI] PRN: Azmin mendahului di Hulu Kelang

Iklan
MOHAMED AZMIN ALI

KUALA LUMPUR - Keputusan tidak rasmi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului dengan majoriti 1,253 undi.

Azmin memperoleh 11,196 undi meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH) Juwairiya Zulkifli yang mendapat 9,943 undi.

Iklan
Iklan

Perkembangan setakat jam 9.30 malam itu melibatkan perkiraan 53 saluran berbanding 142 jumlah saluran.

Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor, sebelum ini adalah penyandang bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa, manakala Juwairiya pula penyandang kerusi DUN Bukit Melawati.

Iklan

Iklan