Amirudin sah pertahan DUN Sungai Tua

Iklan
Amirudin. - Foto fail Bernama

SELAYANG - Penyandang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua buat penggal keempat berturut-turut.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor itu menang majoriti 5,185 selepas memperoleh 19,678 undi menewaskan dua pencabar lain, Muhammad Hanif Jamaluddin (PN) dengan 14,493 undi manakala G Suman dengan 430 undi.

Iklan
Iklan

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Parlimen Gombak Nor Azlina Abdul Aziz pada jam 10.30 malam

Seramai 34,601pemilih membabitkan 70.92 peratus keluar mengundi.

Iklan

Dari jumlah itu, sebanyak 157 undi ditolak.

Untuk rekod, Amirudin mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua (dahulu dikenali Batu Caves) sejak 2008.

Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Amirudin memang dengan majoriti 11,374 undi menewaskan N Rawisandran (BN), Ustaz Mad China (Pas) dan Badrol Acong (Bebas).

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!