PUTRAJAYA - Pas berjaya meraih undi majoriti lebih daripada 50 peratus pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan dan Terengganu.
Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh, keputusan itu berdasarkan jumlah keseluruhan pengundian setakat jam 9.56 malam.
"Pas telah berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan bagi kedua-dua negeri.
"Di Kelantan, Pas berjaya mencatatkan kemenangan sebanyak 23 kerusi daripada 45 kerusi yang dipertandingkan.
"Sementara itu, parti ini juga telah memenangi sebanyak 17 kerusi daripada 32 kerusi yang diperuntukkan,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu sidang media PRN dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, pada Sabtu.
Pada PRN enam negeri kali ini menyaksikan seramai 570 calon bertanding untuk merebut sebanyak 245 DUN.
Seramai 9,773,571 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih di Sebanyak 3,190 pusat pengundian bagi menentukan parti manakah yang akan membentuk kerajaan negeri baharu.