KUALA NERANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Sabtu.
Beliau kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas yang juga penyandang kerusi DUN itu, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.