Reezal Merican menang di Bertam, tebus kekalahan PRU15

Iklan
Reezal Merican (tiga dari kanan) menang di kerusi DUN Bertam dalam PRN pada Sabtu.

KEPALA BATAS - Bekas Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Kemenangan dengan majoriti 2,321 undi ke atas penyandang kerusi, Khaliq Mehtab Mohd Isyaq daripada Perikatan Nasional (PN) itu seakan menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Iklan
Iklan

Reezal Merican memperolehi 10,453 undi manakala Khaliq Mehtab mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (8,132 undi).

Pada PRU15 lalu, Reezal Merican gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kepala Batas yang dimenanginya selama dua penggal.

Iklan
Iklan