Dua bekas pemain bola sepak negara menang dalam PRN

Iklan
Muhamad Radhi, Baddrol

KUALA LUMPUR - Dua bekas pemain bola sepak negara, Baddrol Bakhtiar dan Muhamad Radhi Mat Din yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN), menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah yang diadakan pada Sabtu.

Baddrol yang merupakan bekas ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun dengan memperoleh sebanyak 17,771 undi.

Iklan
Iklan

Bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya berusia 35 tahun itu, mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) Mohammed Firdaus Johari yang meraih 11,187 undi.

Sementara itu, Muhamad Radhi yang merupakan legenda bola sepak Kedah, mengalahkan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu, dengan majoriti 10,104 undi.

Iklan

Muhamad Radhi memperoleh 18,936 undi, manakala Mahfuz yang juga Naib Presiden Amanah meraih 8,832 undi.

Muhamad Radhi sebelum ini pernah membuat kemunculan sulung di pentas politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun kalah ketika bertanding atas tiket Pas, di Parlimen Pokok Sena. - Bernama

Iklan