PRN: Hilman menang tipis DUN Gombak Setia

Iklan
Muhammad Hilman

GOMBAK - Calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hilman Idham berjaya pertahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia dengan majoriti tipis sebanyak 58 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Hasrul Hisham Abdullah pada jam 10.50 malam.

Iklan
Iklan

Hilman yang juga penyandang ADUN kerusi itu mendapat 30,299 undi menewaskan Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang memperoleh 30,241 undi manakala calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali dengan 1,076 undi.

Sebanyak 70.35 peratus membabitkan 61,618 pemilih keluar mengundi manakala 297 kertas undi ditolak.

Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Hilman bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menang dengan majoriti 12,399 undi menewaskan Hasbullah Ridzwan (Pas) dan Megat Zulkarnain (BN).

Hilman bagaimanapun menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas mendakwa dipecat PKR susulan Langkah Sheraton pada 2020.

Iklan