Pas pertahan kerusi DUN Penaga

Iklan
Mohd Yusni

KEPALA BATAS - Pas mempertahankan kemenangan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu.

Mohd Yusni Mat Piah selaku penyandang menewaskan calon muka baharu Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Salleh dengan majoriti 5,537 undi.

Iklan
Iklan

Dalam pertembungan satu lawan satu itu, Mohd Yusni mewakili Perikatan Nasional (PN) memperolehi 13,223 undi, manakala Mohd Naim (7,686) undi.

Pada PRN ini, DUN Penaga merekodkan lebih 82 peratus keluar mengundi daripada keseluruhan hampir 26,000 yang layak mengundi.

Iklan
Iklan

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Mohd Yusni memecah dominasi kubu kuat BN selepas menang dengan majoriti 1,132 undi dan menjadi satu-satunya kerusi dimenangi Pas di DUN Pulau Pinang.